
Hidup ini,
Penuh dengan tanda tanya,
Tidak kira dimana pun,
Tapi yang pasti kita perlu redha
Kalau itu sudah kehendaknya...
Tidak ada gunanya menangis,
Kerana walau menangis darah sekalipun,
Ia tidak akan berubah sepenuhnya,
Sebab itu kita harus redha....
Kita selalu bertanya,
Apakah maksud semua ini,
Kerana sesetangah orang tidak sanggup mengharungi
Rintangan itu, seperti aku jua hanya
bertemankan air mata,
Tapi pada ketika itu kita harus
kuatkan semangat walau
Apa pun yang terjadi...
Kerana itu semua ada hikmah,
Hanya DIA sahaja yang mengetahui