Monday, June 11, 2012

Terpaksa ku REDHA~



Hidup ini,
Penuh dengan tanda tanya,
Tidak kira dimana pun,
Tapi yang pasti kita perlu redha
Kalau itu sudah kehendaknya...

Tidak ada gunanya menangis,
Kerana walau menangis darah sekalipun,
Ia tidak akan berubah sepenuhnya,
Sebab itu kita harus redha....

Kita selalu bertanya,
Apakah maksud semua ini,
Kerana sesetangah orang tidak sanggup mengharungi
Rintangan itu, seperti aku jua hanya
bertemankan air mata,
Tapi pada ketika itu kita harus
kuatkan semangat walau
Apa pun yang terjadi...

Kerana itu semua ada hikmah,
Hanya DIA sahaja yang mengetahui

Tuesday, March 6, 2012

Erti Sebuah Persahabatan ♥

Dalam hidup ini ,
Kita tak punya sesiapa , kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian , kita beruntung kerana ??
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat ,
Begitulah juga dirinya ,
Tetapi kita sering rupa akan hal itu.

Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita ,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya ,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya ,
Bagi kita , itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya..

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti ,
Kerana kita juga ada janji yang tidak menepati ,
Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita ,
Waktu itu , terfikirkah kita perasaannya ??
Seperti kita , dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering lupa..

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya??
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat�
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa�.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat.
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan��
Kita tidak tahu
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu :)

Wednesday, February 29, 2012

Siapa Aku Disisimu ♥


Hembusan angin bagai membawa berita
Berita yang mengecewakan ku
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan
Namun kutabahkan hati ini

Sayangku ku tahu kau tak ingin begini
Tapi kau sanggup lakukannya
Betapa hatiku hancur musnah berderai
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaaku
Kerna cinta kamu ku jadi begini
Kerna sayang kamu ku telan semua
Betapa hebatnya kau dihati ini

Kenapa kau tak pernah fikirkanku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa dirikku disisimu
disisimu

ku harap suatu hari kaukan mengerti kasih
siapa diriku disisimu
pengorbananku bagai tak pernah dihargai
ia bagai angin yang berlalu

Sayangku ku tahu kau tak ingin begini
Tapi kau sanggup lakukannya
Betapa hatiku hancur musnah berderai
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaaku

Kerna cinta kamu ku jadi begini
Kerna sayang kamu ku telan semua
Betapa hebatnya kau dihati ini

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa dirikku dihatimu
kasih…
betapa hebatnya kau di hati ini

Kenapa kau tak pernah fikirkanku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa dirikku disisimu
disisimu

Cinta itu Buta ?

PERCAYA ATAU TIDAK...

♥ CINTA ITU BUTA mungkin benar tanpa batasan usia , agama , fahaman juga darjat .
♥ CINTA selalu mengatasi segalanya . Tapi , ingat , tak semua yang indah kekal selamanya .
♥ CINTA ITU BUTA boleh memudaratkan . Korang perlu berwaspada kerana yang penting adalah keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan. Tak guna dapat bercinta tetapi akhirnya diri dan badan yang merana .
♥ CINTA ITU BUTA wajar ada pedoman. Ia hanya bermakna jika kasih sayang remaja terpelihara. Pastikan ada batasannya. Ada hala tuju untuk masa depan.
♥ CINTA ITU BUTA mampu membawa bencana. Pastinya jika terlalu mangikut nafsu dan perasaan tanpa mengira kesan dan akibat. Inilah hakikatnya.
♥ CINTA ITU BUTA hanya ungkapan manis. Ianya ayat power untuk yang sudah kemaruk cinta. Ramai yang terlupa bahawa cinta semata tidak akan membawa ke mana :)


Harga sebuah Rindu ♥


Aku sangat rindu padanya ,
sungguh hatiku yang berkata demikian.
Kata hatiku tidak pernah menipu.
Aku percaya pada kata hati daripada kata akal kerana kita sering memanipulasi fikiran.
Dan jika kata hatiku yang aku rindu padanya,
maka maknanya sungguh aku sangat merinduinya tetapi bagaimana caranya untuk aku luahkan isi hatiku ini sedangkan aku mengetahui yang si dia bukan milikku tetapi milik orang yang lain. Lalu aku hanya pendamkan sahaja perasaan itu jauh dari hati sanubariku.
Itulah aku yang merindukan seseorang tetapi takut untuk meluahkan <3

Tuesday, February 21, 2012

Dimana hatimu ♥


inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
setelah kau jauh tinggalkan aku
tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

tiada ku sangka engkau berubah
ku tak percaya kau membagi cinta
tahukah engkau betapa sakitnya
kau membagi cinta karna dia

tak pernah ku coba melupakanmu
mengapa kau buat luka hatiku
sekian lama aku menunggu
kasih dimana hatimu

tak bisa ku coba melupakanmu
mengapa kau buat luka hatiku
sekian lama aku menunggu
kasih dimana hatimu

tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

Kesalahanku , keegoanmu ♥


Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu ♥

Thursday, January 19, 2012

Hampaa~

Kepada dia
Aku bisikkan cinta
Tapi dibalas derita
Kepada asmara yang bergelora
Ku kuatkan kata hati
Lantas mengundur diri..
Dilautan cinta yang luas ku cuba
kemudikan layar
Tapi ditujah ombak yang ganas
Digunung yang tinggi
Aku sudah mendaki
Tapi jatuh dalam jurang penuh benci..

Runtuh tembok kekuatan ku kerana
kegagalan hati untuk terus
Membentengkan dan mempertahankan
Hancur istana cintaku
Kerana kecurangan yang kau tabur
Janji setia palsu

Aku benci melihat kedukaan
Aku hampa melihat tangisan
Dimana kekuatan untuk
Aku jadikan azimat pegangan

Cinta..
Lebih duka dari bahagia
Lebih derita dari ketawa
Dan hanya satu..
Aku pasrah pada takdirNYA..
Meski aku hampa dalam
Pencariannya yang belum pasti..

Hilang~

Hilang
Mungkinkah akan ditemui
Mungkinkah terus menanti
Mungkinkah akan kembali
Atau masih lagi terus
mencari

Hilang
Tiba masanya kepala pusing
Tiba masanya semua kelam
Dan ada juga yang mengalir
Namun hilang tetap hilang

Hilang
Pelbagai ragam manusia
lakonkan
Marah , sedih , dan gembira
menjadi bahan
Ada juga yang berdoa agar
diampunkan
Namun ada juga yang tidak
sudi memaafkan

Hilang
Ada persoalan masih
terapung
Benarkah hilang atau
sekadar cubaan
Sengaja dilakukan atau
telah ditentukan
Masih tetap disitu atau
dialihkan

Apa pun tentang hilang
Yang punya akal pasti
memahami
Akal yang berfikir terus
mengerti
Akal yang mencari pasti
akan temui
Hilang itu pastinya berganti ♥

Tuesday, January 17, 2012

Aku Dan Engkau !

Aku
Aku adalah aku ,
Yang punya hati dan perasaan ,
Mengapa aku yang kau pilih ?
Mengapa engkau yang aku pilih ?
Mengapa hatiku ada padamu ?
Dan mengapa pula hatimu ada padaku ?
Ketahuilah bahawasanya aku tetap aku ,
Dan engkau tetap engkau ,
Dan ketahuilah bahawasanya AKU AMAT
MENYAYANGIMU ,
Biarpun sejuta percikan api membahangiku ,
Biarpun sejuta wajah insan lain cuba mendampingiku ,
Biarpun ada sahaja rintangan menghalangiku ,
NAMUN...
Aku masih tetap menyayangimu ,
Dan mengasihimu ,
kerana..
AKU TETAP AKU DAN ENGKAU TETAP ENGKAU ..

Perlukan Aku Mengalah ?

Menitis lagi air mata ini ,
Mengapa perlu lagi air mata ini
mencurah pipiku,
Bukankah aku sudah penat menangis ?
Bukankah hatiku sudah kebal dengan
kesedihan tetapi hari ini aku kalah lagi ,
Diriku masih ada sisa-sisa yang sentiasa
membuat diriku rapuh..
Mengapa aku begitu sinonim dengan air mata,
kesedihan dan kekalahan ?
Perlukah aku sentiasa mengalah demi
kebahagiaan orang lain ?
Tetapi hati ini bagaimana ?
Aku juga ingin menikmati nikmat hidup
Tetapi....
Kenapa terlalu banyak tetapi
Dan aku terpaksa mengalah demi melihat
kebahagiaan orang lain..