Kepada dia
Aku bisikkan cinta
Tapi dibalas derita
Kepada asmara yang bergelora
Ku kuatkan kata hati
Lantas mengundur diri..
Dilautan cinta yang luas ku cuba
kemudikan layar
Tapi ditujah ombak yang ganas
Digunung yang tinggi
Aku sudah mendaki
Tapi jatuh dalam jurang penuh benci..
Runtuh tembok kekuatan ku kerana
kegagalan hati untuk terus
Membentengkan dan mempertahankan
Hancur istana cintaku
Kerana kecurangan yang kau tabur
Janji setia palsu
Aku benci melihat kedukaan
Aku hampa melihat tangisan
Dimana kekuatan untuk
Aku jadikan azimat pegangan
Cinta..
Lebih duka dari bahagia
Lebih derita dari ketawa
Dan hanya satu..
Aku pasrah pada takdirNYA..
Meski aku hampa dalam
Pencariannya yang belum pasti..
No comments:
Post a Comment