Thursday, January 19, 2012

Hampaa~

Kepada dia
Aku bisikkan cinta
Tapi dibalas derita
Kepada asmara yang bergelora
Ku kuatkan kata hati
Lantas mengundur diri..
Dilautan cinta yang luas ku cuba
kemudikan layar
Tapi ditujah ombak yang ganas
Digunung yang tinggi
Aku sudah mendaki
Tapi jatuh dalam jurang penuh benci..

Runtuh tembok kekuatan ku kerana
kegagalan hati untuk terus
Membentengkan dan mempertahankan
Hancur istana cintaku
Kerana kecurangan yang kau tabur
Janji setia palsu

Aku benci melihat kedukaan
Aku hampa melihat tangisan
Dimana kekuatan untuk
Aku jadikan azimat pegangan

Cinta..
Lebih duka dari bahagia
Lebih derita dari ketawa
Dan hanya satu..
Aku pasrah pada takdirNYA..
Meski aku hampa dalam
Pencariannya yang belum pasti..

Hilang~

Hilang
Mungkinkah akan ditemui
Mungkinkah terus menanti
Mungkinkah akan kembali
Atau masih lagi terus
mencari

Hilang
Tiba masanya kepala pusing
Tiba masanya semua kelam
Dan ada juga yang mengalir
Namun hilang tetap hilang

Hilang
Pelbagai ragam manusia
lakonkan
Marah , sedih , dan gembira
menjadi bahan
Ada juga yang berdoa agar
diampunkan
Namun ada juga yang tidak
sudi memaafkan

Hilang
Ada persoalan masih
terapung
Benarkah hilang atau
sekadar cubaan
Sengaja dilakukan atau
telah ditentukan
Masih tetap disitu atau
dialihkan

Apa pun tentang hilang
Yang punya akal pasti
memahami
Akal yang berfikir terus
mengerti
Akal yang mencari pasti
akan temui
Hilang itu pastinya berganti ♥

Tuesday, January 17, 2012

Aku Dan Engkau !

Aku
Aku adalah aku ,
Yang punya hati dan perasaan ,
Mengapa aku yang kau pilih ?
Mengapa engkau yang aku pilih ?
Mengapa hatiku ada padamu ?
Dan mengapa pula hatimu ada padaku ?
Ketahuilah bahawasanya aku tetap aku ,
Dan engkau tetap engkau ,
Dan ketahuilah bahawasanya AKU AMAT
MENYAYANGIMU ,
Biarpun sejuta percikan api membahangiku ,
Biarpun sejuta wajah insan lain cuba mendampingiku ,
Biarpun ada sahaja rintangan menghalangiku ,
NAMUN...
Aku masih tetap menyayangimu ,
Dan mengasihimu ,
kerana..
AKU TETAP AKU DAN ENGKAU TETAP ENGKAU ..

Perlukan Aku Mengalah ?

Menitis lagi air mata ini ,
Mengapa perlu lagi air mata ini
mencurah pipiku,
Bukankah aku sudah penat menangis ?
Bukankah hatiku sudah kebal dengan
kesedihan tetapi hari ini aku kalah lagi ,
Diriku masih ada sisa-sisa yang sentiasa
membuat diriku rapuh..
Mengapa aku begitu sinonim dengan air mata,
kesedihan dan kekalahan ?
Perlukah aku sentiasa mengalah demi
kebahagiaan orang lain ?
Tetapi hati ini bagaimana ?
Aku juga ingin menikmati nikmat hidup
Tetapi....
Kenapa terlalu banyak tetapi
Dan aku terpaksa mengalah demi melihat
kebahagiaan orang lain..